Hari ini kami ingin berkongsi tips memilih homestay/tempat penginapan supaya ia menepati citarasa anda. Sekarang, sudah banyak pilihan homestay jika kita pergi melancong mahupun atas urusan kerja di dalam negara mahupun luar negara. Persoalannya, Bagaimana ingin memastikan homestay yang ditempah menepati citarasa kita? Apakah yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan untuk memilih homestay?
(Sumber Google)
2. LOKASI
(Sumber Google)
Lokasi homestay yang strategik seperti berdekatan dengan tempat projek (jika urusan kerja) atau berdekatan dengan tempat yang ingin anda lawati dapat menjimatkan masa & duit minyak anda. Anda boleh menggunakan applikasi Google Map atau Waze untuk mengetahui jarak /masa yang diambil dari homestay ke destinasi yang ingin dilawati. Selain itu, cari homestay yang berdekatan dengan kemudahan seperti ATM, kedai makan, kedai runcit dan stesen minyak.
3. KEMUDAHAN
Sebelum membuat tempahan, selidik terlebih dahulu apakah kemudahan yang disediakan di homestay seperti alatan memasak, mesin basuh, jumlah bilik tidur, tuala, penghawa dingin, telekung, seterika dan lain-lain lagi. Hal ini dapat menjimatkan masa & wang anda. Contohnya, jika pihak homestay menyediakan kelengkapan memasak dan mesin basuh, anda tidak perlu lagi mengeluarkan duit untuk mendobi dan membeli makanan setiap kali waktu makan. Selain itu, jika anda mengetahui pihak homestay sudah menyediakan kemudahan seterika, sejadah atau tuala, anda tidak perlu membawanya dari rumah. Kemudahan yang lengkap di homestay dapat menyenangkan urusan penyewa. Sebaiknya, cari informasi mengenainya di laman sesawang berkaitan seperti Blog/Facebook homestay atau anda boleh sendiri bertanya dengan pemilik homestay.
4. JENIS BANGUNAN
Adakah homestay ini merupakan rumah 2 tingkat atau setingkat? Adakah homestay merupakan sebuah apartment di tingkat 10? Hal ini amat berguna bagi penyewa yang OKU atau orang tua kerana ia memudahkan pergerakan penyewa di homestay. Anda boleh bertanya sendiri kepada pemilik homestay adakah homestay ini mudah untuk penyewa OKU/orang tua. Pengalaman saya sendiri ketika bercuti di Sarawak bersama ibu yang berkerusi roda, saya sendiri berunding dengan pemilik homestay mengenai ibu yang berkerusi roda dan pemilik homestay memberi homestay yang paling dekat dengan parking dan kafe.
Lihat Bank ATM/stesen minyak berdekatan Anpesona homestay
Lihat shopping mall/kedai runcit berdekatan Anpesona homestay
Kami, Anpesona Homestay (Legoland) mengalukan kedatangan anda ke homestay kami.