Sunday, October 21, 2018

Country Garden (Percutian Bajet)

Hari itu, saya ada berkongsi mengenai Zoo Johor, jadi hari ini saya ingin berkongsi satu lagi tempat yang mesti anda pergi tanpa mengeluarkan belanja yang besar iaitu Country Garden Danga Bay. 


(Sumber Google)

Country Garden ini terletak di Jalan Bertingkat Skudai,80200 Johor Bahru. Ringkasnya Country Garden ini merupakan pusat pembangunan eksklusif yang terdiri daripada kediaman mewah, bangunan komersil, pejabat, rekreasi, hiburan dan pusat membeli-belah. Tempat  ini terbuka kepada semua pelawat. 




Apa yang bestnya tentang Country Garden ini? 

💓 Masuk adalah percuma dan anda boleh meletakkan kereta di bahu jalan. Parking agak sedikit penuh terutama pada hujung minggu. Jika anda kena parking kereta agak jauh, anggap sahaja exercise. Hehe ..🏃🏃




💓 Pemandangan laut & langskap yang cantik. Tempat ini memang sesuai untuk kaki selfie sebab langskapnya memang cantik dan terbaik. Walaupun sini ada laut dan kolam renang, diingatkan tidak boleh bermandi-manda ya, kang berbunyi pula wisel si abang pengawal. Disini terdapat  banyak kemudahan kerusi & pondok, Bolehlah anda duduk bersantai-santai sambil membawang. Eh! salahlah! sambil menikmati kehijauan flora dan fauna. 




















 💓 Terdapat restoran-restoran, Starbucks, Seven Eleven, Dobi dan  taman permainan. 




(Sumber FB Viral Media Johor)

(Sumber FB Viral Media Johor)



(Sumber FB Viral Media Johor)



FACEBOOK Country Garden

WEBSITE Country Garden


Wednesday, May 23, 2018

ZOO Johor (Percutian Bajet)






Zoo Johor ini sentiasa menjadi tumpuan ramai terutama pada musim cuti sekolah atau public holiday.  Zoo ini terletak di Jalan Gertak Merah, Taman Istana, Johor Bahru. Senang kata, Zoo ini berhadapan dengan Masjid Abu Bakar dan berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah. 


Tempat meletakkan kenderaan pula adalah terhad di bahu jalan sepanjang kawasan di hadapan Zoo. Tapi jika penuh juga, anda boleh meletakkan kereta di kawasan Masjid Abu Bakar. 

Yang bestnya, Zoo ni beroperasi setiap hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Nak lagi best? harga tiket untuk dewasa cuma RM2.00, kanak- kanak RM1.00 dan percuma untuk OKU! berbaloi-baloi. 


( Harga Tiket)

Cuti sekolah yang lepas, sempat saya membawa anak-anak ke Zoo Johor. Senyum memanjang saja semua, maklumlah anak-anak saya memang suka binatang lagi-lagi burung. Sudah penat pusing di Zoo, singgah makan di restoran kegemaran saya iaitu Restoran ZZ Sup Tulang, lebih kurang 5 minit perjalanan dari Zoo Johor. 

Ada pelbagai jenis binatang di sini antaranya gajah, harimau, ular, burung, monyet dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa kedai yang menjual makanan seperti juadah tengah hari, nasi goreng, air tin, keropok lekor, nuget dan kentang goreng. Selain itu, terdapat juga pondok-pondok kecil untuk beristirehat dan taman permainan. Pendek kata, ALL in one. Saya kongsikan beberapa gambar yang sempat  saya ambil sepanjang di Zoo Johor. 

(Monyet)


(Burung)


(Burung)


(Ular Sawa)


(Burung)


(Beruang)


(Monyet)


(Buaya)


(Badak Air)


(Gajah)


(Burung)


(Rusa)


(Tasik & Bot sewa)

Tidak lengkap rasanya kalau anda ke sini tapi tidak merasa sendiri pengalaman memberi binatang makan. Makanan rusa, unta dan gajah dijual dari harga RM2.00 ke RM300 seikat. Seronok tengok anak-anak bercerita pengalaman memberi unta dan rusa makan walaupun pada mulanya takut tetapi habis juga 4 ikat kangkung. hehehe


( Memberi Unta Makan)


( Memberi Rusa Makan)



Kesimpulannya, saya berasa amat puas hati ketika melawat Zoo Johor. Dengan hanya RM2.00, saya dapat melihat pelbagai binatang dengan mata saya sendiri. Bagi saya, Zoo Johor merupakan antara destinasi wajib yang perlu anda singgah jika melawat Johor Bahru. 





Jika anda masih mencari homestay di JB/Nusajaya/Gelang Patah.

Kami menyediakan perkhidmatan Homestay serendah RM200/malam. Harga tidak berubah walaupun peak time. Harga boleh runding untuk long term sewa. 


whatsapp/contact no : 011-3207 6801 (Azwan)



Wednesday, February 7, 2018

Tips Elak ditipu semasa bercuti (Homestay)

Pernah tidak anda berada dalam situasi ini.

" mencari homestay di suatu destinasi, ternampak satu iklan homestay dengan harga murah dan tanpa berfikir panjang terus berhubung dengan pengusaha homestay untuk meneruskan tempahan homestay. Urusan deposit sudah dibuat dan apabila anda ingin check in ke homestay, homestay tersebut tidak wujud"

                                                   (Sumber Google)

Jika tidak berwaspada, percutian yang sepatut­nya menyeronokkan boleh bertukar menjadi mimpi buruk. kebiasaan penipuan homestay berlaku terutama bagi penyewa yang menggunakan tempahan secara talian. Jom baca tips penting untuk mengelakkan anda daripada terjebak dengan penipuan homestay. Semoga bermanfaat. 
Sebelum anda meneruskan urusan pembayaran deposit, pastikan anda melakukan tips ini. 

  • Dapatkan maklumat lanjut mengenai homestay. Anda boleh mencari maklumat mengenai homestay di Facebook, blogspot & Google Map. Sebagai contoh, jika anda berkenan dengan homestay A, sebaiknya cari maklumat tambahan mengenai homestay supaya maklumat selari/sama seperti yang dinyatakan, mana tahu "penipu homestay" mencuri gambar dari pemilik homestay yang sah. 

                                            (Sumber Google)

  • Menggunakan platform iklan yang lebih dipercayai. Dengan permintaan homestay yang semakin meningkat, pemilik homestay boleh mempromosikan homestay melalui pelbagai medium media sosial seperti mudah.my, Airbnb, HomeAway, iBilik, Facebook, Booking.com dan sebagainya. Tetapi tidak dinafikan kemudahan ini disalahguna oleh penipu homestay. Oleh itu, anda sebagai pengguna perlu bijak menggunakan platform iklan yang dipercayai seperti Airbnb dan sebagainya. 
                     
                                               (Sumber Google)
    
  • Pastikan terlebih dahulu lokasi homestay adalah benar & semak nombor rujukan daftar syarikat( homestay). Jangan lupa pastikan  homestay yang anda ingin duduk memang wujud di lokasi yang dinyatakan. Cari di Google Map atau waze sebelum mendepositkan sewa homestay.  Selain itu, anda boleh menyemak nombor rujukan perniagaan homestay kerana pemilik homestay perlu mendaftarkan perniagaan homestay secara sah. Jika pemilik homestay sudah mendaftarkan perniagaan secara sah, tidak mungkin unsur penipuan akan berlaku kerana segala maklumat yang sahih sudah disimpan oleh pihak berkuasa. 
                                           (Sumber Google)

  • Jangan tertipu dengan harga lebih murah dari pasaran. Siapa yang tidak suka benda murah bukan? Termasuk saya. Tetapi berhati-hati dengan harga murah lebih-lebih lagi jika harga tersebut terlampau murah atau murah dari harga pasaran. Sebagai contoh, Sewa homestay A 3bilik tidur 2 bilik air ( penghawa dingin, mesin basuh, kelengkapan masak ) hanya RM80 semalam sedangkan harga pasaran RM150-RM200. Jangan terus "booking" homestay tetapi cari maklumat tambahan mengenai homestay. 
                                               (Sumber Google)

  •  Call pemilik homestay. Jika anda masih was-was dengan maklumat homestay. Call pemilik homestay untuk bertanya lebih lanjut mengenai homestay. Saya percaya pemilik homestay berbesar hati menjawab sebarang persoalan/kemusykilan dari pelanggan mereka. 
                                                   (Sumber Google)

  • Simpan slip pembayaran deposit. Ada sesetengah pemilik homestay mewajibkan penyewa untuk membayar deposit sebelum check in. Jangan lupa simpan slip pembayaran anda. 



Kami menawarkan Homestay 3bilik tidur 2bilik air dengan kelengkapan asas yang lengkap (RM180/malam). 


  •