Pernah tidak anda berada dalam situasi ini.
" mencari homestay di suatu destinasi, ternampak satu iklan homestay dengan harga murah dan tanpa berfikir panjang terus berhubung dengan pengusaha homestay untuk meneruskan tempahan homestay. Urusan deposit sudah dibuat dan apabila anda ingin check in ke homestay, homestay tersebut tidak wujud"
(Sumber Google)
Jika tidak berwaspada, percutian yang sepatutnya menyeronokkan boleh bertukar menjadi mimpi buruk. kebiasaan penipuan homestay berlaku terutama bagi penyewa yang menggunakan tempahan secara talian. Jom baca tips penting untuk mengelakkan anda daripada terjebak dengan penipuan homestay. Semoga bermanfaat.
Sebelum anda meneruskan urusan pembayaran deposit, pastikan anda melakukan tips ini.
- Dapatkan maklumat lanjut mengenai homestay. Anda boleh mencari maklumat mengenai homestay di Facebook, blogspot & Google Map. Sebagai contoh, jika anda berkenan dengan homestay A, sebaiknya cari maklumat tambahan mengenai homestay supaya maklumat selari/sama seperti yang dinyatakan, mana tahu "penipu homestay" mencuri gambar dari pemilik homestay yang sah.
- Menggunakan platform iklan yang lebih dipercayai. Dengan permintaan homestay yang semakin meningkat, pemilik homestay boleh mempromosikan homestay melalui pelbagai medium media sosial seperti mudah.my, Airbnb, HomeAway, iBilik, Facebook, Booking.com dan sebagainya. Tetapi tidak dinafikan kemudahan ini disalahguna oleh penipu homestay. Oleh itu, anda sebagai pengguna perlu bijak menggunakan platform iklan yang dipercayai seperti Airbnb dan sebagainya.(Sumber Google)
- Pastikan terlebih dahulu lokasi homestay adalah benar & semak nombor rujukan daftar syarikat( homestay). Jangan lupa pastikan homestay yang anda ingin duduk memang wujud di lokasi yang dinyatakan. Cari di Google Map atau waze sebelum mendepositkan sewa homestay. Selain itu, anda boleh menyemak nombor rujukan perniagaan homestay kerana pemilik homestay perlu mendaftarkan perniagaan homestay secara sah. Jika pemilik homestay sudah mendaftarkan perniagaan secara sah, tidak mungkin unsur penipuan akan berlaku kerana segala maklumat yang sahih sudah disimpan oleh pihak berkuasa.
(Sumber Google)
- Jangan tertipu dengan harga lebih murah dari pasaran. Siapa yang tidak suka benda murah bukan? Termasuk saya. Tetapi berhati-hati dengan harga murah lebih-lebih lagi jika harga tersebut terlampau murah atau murah dari harga pasaran. Sebagai contoh, Sewa homestay A 3bilik tidur 2 bilik air ( penghawa dingin, mesin basuh, kelengkapan masak ) hanya RM80 semalam sedangkan harga pasaran RM150-RM200. Jangan terus "booking" homestay tetapi cari maklumat tambahan mengenai homestay.
(Sumber Google)
- Call pemilik homestay. Jika anda masih was-was dengan maklumat homestay. Call pemilik homestay untuk bertanya lebih lanjut mengenai homestay. Saya percaya pemilik homestay berbesar hati menjawab sebarang persoalan/kemusykilan dari pelanggan mereka.
(Sumber Google)
- Simpan slip pembayaran deposit. Ada sesetengah pemilik homestay mewajibkan penyewa untuk membayar deposit sebelum check in. Jangan lupa simpan slip pembayaran anda.
Kami menawarkan Homestay 3bilik tidur 2bilik air dengan kelengkapan asas yang lengkap (RM180/malam).