Wednesday, April 12, 2017

Panduan di Anpesona Homestay Legoland (Part 1)

Apabila kita berada di tempat baru, banyak maklumat yang kita kurang pasti seperti lokasi ATM  atau stesen minyak terdekat. Kami sering mendapat pertanyaan dari penyewa yang bertanya soalan seperti Di mana bank terdekat? Di mana kedai makan best dekat sini? atau Di mana stesen minyak berdekatan?

Untuk memudahkan penyewa di Anpesona Homestay(Legoland), kami akan  memberi informasi mengenai bank dan stesen minyak berdekatan. Tempat membeli -belah dan tempat makan berdekatan akan saya kongsikan di part 2. Semoga informasi ini dapat membantu penyewa sepanjang menginap di sini. 


BANK/ATM

1. Maybank

                                                                   (Sumber Google)

Alamat: 7 & 9, Jalan Nusaria 11/1, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor
Masa: 3 minit dari homestay ( kereta)
Google Map Maybank


2. Hong Leong Bank

                                                                 (Sumber Google)

Alamat :  10-01, Jln Nusaria 11/17, Taman Nusantara, 79200 Nusajaya, Johor
Masa: 3 minit dari homestay (kereta) 
Google Map Hong Leong Bank


3. CIMB Bank

                                                                     (Sumber Google)

Alamat : 25 & 27, Jalan Medan Nusa Perintis 6, Taman Nusa Perintis 2, 81550 Gelang Patah, Johor
Masa: 8 minit dari homestay (kereta)
Google Map CIMB Bank 


4. ATM di Pusat Membeli-belah berdekatan:
     Aeon Mall Bukit Indah (15 minit)
     Tesco Bukit Indah (16 minit)
     Bazar Mydin Anjung ( 15 minit)

STESEN MINYAK

1. Shell

                                                                    (Sumber Google)

Alamat: Jalan Ulu Choh, Gelang Patah, 81550 Gelang Patah, Johor
Masa: 5 minit dari homestay
Google Map Shell


2. Petronas

                                                                  (Sumber Google)

Alamat: Jalan Medan Nusa Perintis 2, Taman Nusa Perintis 1, 81550 Gelang Patah, Johor
Masa: 8 minit dari homestay
Google Map Petronas


3. Petron

                                                                   (Sumber Google)

Alamat: Lot 202 Susur Gp Prima Taman Gp Prima, 81550 Gelang Patah, Johor
Masa: 6 minit dari homestay
Google Map Petron



Wednesday, March 29, 2017

Langkah Keselamatan di Homestay


Selamat Maju Jaya semua

hari nie kami mahu nak berkongsi langkah keselamatan apabila kita menginap di homestay.

1. Jika parking kereta di luar, jangan tingalkan barang berharga di kereta.kalau boleh cari homestay yg menyediakan kawasan parking.

2. Simpan no contact pemillik homestay, lagi bagus jika simpan no telefon pihak polis /bomba/hospital tempatan kerana ia membantu sekiranya anda dalam
kecemasan.

3. Sebelum meninggalkan rumah, pastikan suis, air & gas ditutup.

4. Periksa pintu dan tingkap sentiasa dikunci dengan selamat.

5. Jaga & pastikan barang berharga anda tidak tertinggal di homestay.

5. Kita tidak tahu keadaan kejiranan & masyarakat di situ, jadi berhati-hati jika terdapat sesuatu yg mencurigakan seperti orang memberi salam & menyuruh anda membuka pintu di tengah malam.

jika anda ke jb...legoland ke nusajaya...bolehlah menginap di homestay kami di sana


Tempat Menarik yg Wajib Dilawati di Johor Bahru


Johor Darul Takzim mempunyai banyak tempat yang menarik seperti taman tema, tempat shopping menarik, tempat makan menarik & banyak lagi. Semoga maklumat dibawah bermanfaat sebagai panduan sekiranya anda bercuti di Johor terutamanya di sekitar Johor Bahru & Nusajaya. 

LEGOLAND MALAYSIA 



                                                                (sumber Google)

Sebuah taman tema yang popular dan terletak di Nusajaya. Taman tema Legoland ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:


  •  Dry park - menempatkan semua roller coaster 
  • Wet park -  taman tema air


Waktu operasi taman tema Legoland adalah dari pukul 10.00 a.m. sehingga 6.00 p.m. Jika hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah, dry park akan ditutup pukul 8.00 p.m. tetapi wet park ditutup pada pukul 6.00 p.m.
 PUTERI HARBOUR THEME PARK
Terletak di Nusajaya dan hanya beberapa minit dari Legoland Resort. Merupakan taman tema indoor yang khas untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town dan Restoran bertema kanak-kanak, Lat’s Place. 
LITTLE BIG CLUB
( Sumber Google)


The Little Big Club adalah taman tema yang merangkumi dua tingkat dan dipenuhi dengan karakter kesukaan kanak-kanak seperti Bob the Builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Di sini disediakan pelbagai permainan interaktif dan menarik seperti  membina rumah di Bobsville melalui pemasangan pintu & dapur seakan karakter Bob the Builder. Pengunjung juga dapat merasai menari pelbagai tarian yang menyeronokkan bersama Angelina Ballerina dan persembahan pentas secara langsung. Terdapat pelbagai jenis tunggangan & kawasan permainan yang menarik.


HELLO KITTY TOWN

(sumber Google)

Hello Kitty Town Malaysia terletak di Puteri Harbour dan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Tea Cup’s Ride, Hello Kitty House, Wishful Studio, Friendship Land, Black Wonder dan Persembahan daripada Hello Kitty. 



JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)


                                                            (sumber Google)

JPO terletak di persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Hubu­ngan Kedua dan menjadi destinasi tumpuan bagi pengunjung yang ingin membelah belah. Pusat membeli-belah ini memenawarkan koleksi  lebih 80 kedai jenama pereka terkemuka di dalam persekitaran yang unik dan selesa. 

Antara koleksi jenama terkemuka  termasuklah Adidas, Armani, Brooks Brothers, Burberry, Canali, ck Calvin Klein, Coach, DKNY, Esprit, Fossil, Gap, Geox, Guess, Lacoste, Levi’s, Micheal Kors, Nike, Oroton, Royal Selangor, Salvatore Ferragamo, Swiss Watch Gallery, Timberland, Tommy Hilfiger, Tumi, Victoria’s Secret, Aigner, Cotton On Kids, Columbia, Furla, Hush Puppies, Sembonia, Spring­fiels, Stride Rite, World of Outdoors dan banyak lagi. 

Johor Premium Outlets ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman serta kemudahan lain termasuk pusat maklumat, mesin ATM, khidmat sewa kereta bayi dan kerusi roda untuk kemudahan pengunjung.

DANGA BAY
(sumber Google)

Danga Bay terletak di tepi pantai yang dahulunya adalah Pantai Lido dan telah dibangunkan untuk menjadi tempat rekreasi. Di pesisir pantai Danga Bay ada beberapa buah kapal layar mewah dan ‘cruise ship’ yang menyediakan perknidmatan membawa penumpang di sepanjang Selat Tebrau. Di sini terdapat juga  perkhidmatan basikal dengan kadar sewa yang berpatutan. Lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik dan anda boleh melihat bandaraya Singapura di seberang Selat Tebrau. 

Danga Bay sangat sesuai dilawati pada waktu malam. Pada masa inilah Danya Bay menjadi ‘hidup’ kerana semua lampu-lampu dan tempat menarik lain di buka. Ada juga taman tema kecil yang menempatkan beberapa permainan kecil seperti ‘Merry Go Round’ dan keretapi. 

COUNTRY GARDEN

                                                                (sumber Google)


Country Garden terletak berhampiran dengan Danga Bay dan hanya 5 minit dari pusat bandar. Terdapat kawasan perumahan mewah yang masih dalam pembinaan tetapi kawasan rekreasi di tepi pantai sudah dibuka kepada pengunjung. Di Country Garden, ditanam pelbagai jenis tumbuhan menjadikan ia tempat bersantai yang menarik dan menenangkan. Terdapat juga kawasan pantai yang dilengkapi unit gazebo. 


PUTERI HARBOUR MARINA 

(sumber Google)

Merupakan sebuah waterfront yang moden dan terdapat pelabuhan yang menempatkan pelbagai kapal layar. Sesuai untuk bersantai sambil menikmati panorama yang menarik. Di sini merupakan lokasi pilihan untuk pelbagai aktiviti seperti Iskarnival, Tempatan Fest Tour Raya dan lain-lain lagi. Puteri Harbour terletak 5 minit perjalanan dari Legoland Malaysia. 


 ISTANA BUKIT SERENE 

(sumber Google)

Merupakan istana kediaman Sultan Johor dan dijaga ketat oleh Johor Military Force. Ia terletak di antara Jalan Kolam Air dan Jalan Strait Views. Anda boleh melihat istana ini dari waterfront Danga Bay. Walaupun ia tidak dibuka kepada umum, tetapi sering menjadi tarikan pelancong untuk mengambil gambar di hadapan istana. 

MASJID SULTAN ABU BAKAR

( sumber Google)

Ia terletak di antara Jalan Abu BakarJalan Masjid Abu Bakar dan Jalan Gertak Merah. Ia terletak di atas sebuah bukit yang menghadap Selat Johor. Masjid ini berusia lebih satu dekad  dan mempunyai senibina bercirikan masjid dari Mesir. Sesuai untuk mereka yang sukakan seni dan sejarah di Johor. 


ZOO JOHOR
(sumber Google)

Zoo ini terletak berhampiran Masjid Sultan Abu Bakar dan merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia. Terdapat lebih 100 spesies haiwan dalam dan luar negara. 


TAMAN REKREASI HUTAN BANDAR

(sumber Google)

Terletak di Ulu Ayer Molek (terletak 1.5km ke timur selatan dari Larkin Sentral dan juga terletak kira-kira 3km dari Bangunan Sultan Iskandar). Disini terdapat kolam renang bagi kanak-kanak dan tujuh buah tasik yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika. Juga terdapat taman permainan, pondok berehat, medan selera, tasik dan sebagainya

HOMESTAY?


kami menyediakan perkhidmatan homestay 3 bilik dengan kadar yang berpatutan dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap. Homestay kami terletak di Taman Nusantara, Nusajaya/Gelang Patah. 




TEMPAT MAKAN BEST DI JOHOR

Bila anda datang  ke Johor, tidak lengkap sekiranya anda tidak mencuba makanan sedap dan best di Johor. Disini saya kongsikan beberapa makanan wajib yang mesti anda cuba sekiranya ke Johor. Memang rugi besar tau jika tak mencubanya!

MEE REBUS HAJI WAHID

Ada beberapa pilihan Mee Rebus di Johor tapi yang paling popular ialah Mee rebus haji Wahid. Mee Rebus haji Wahid mempunyai banyak cawangan dan telah beroperasi selama 20 tahun. Popularity Mee Rebus Haji Wahid ini bukan asing lagi di kalangan warga Johor, pernah masuk tv dan surat khabar juga. Jika anda ingin mencubanya, boleh pergi ke Food Court Plaza Angsana, Larkin Market Food Court,  Taman Rinting berdekatan Mydin, kampung Melayu dan disebelah masjid kolam air.




KACANG POOL HAJI

Seperti Mee Rebus Haji Wahid, Kacang Pool Haji turut mempunyai banyak cawangan dan popularity yang tidak asing lagi bagi warga JB. Kacang Pool Haji hanya terdapat di Jb dan Batu Pahat sahaja. Memang sedap & murah. Jika anda ingin mencubanya, boleh pergi ke Medan Selera MARA( sebelah stesen bomba) dan Plaza Larkin.



RESTORAN SUP TULANG ZZ

Restoran ini merupakan restoran kegemaran saya apabila ke JB dan menu saya semestinya sup tulang. Sekali makan mesti nak lagi! Restoran Sup Tulang ZZ ini cukup sinonim dengan kelazatan sup tulang gearbox dan mee rebus  . Bagi yang tidak gemarkan sup tulang dan mee rebus, terdapat menu lain yang tidak kurang hebatnya antaranya ialah nasi ayam penyet, nasi ayam dan lain-lain lagi. Restoran ini mempunyai 2 cawangan iaitu di Jalan Mahmoodiah berdekatan dengan Hospital Sultanah Aminah dan Taman Setia Tropika. 




NASI BRIYANI GAM

Terdapat bnyak pilihan restoran briyani di Jb. Antara yang popular ialah Abah Briyani House , Roslin Briyani House dan Pondok MS Briyani. Terdapat pelbagai hidangan lauk yang boleh dimakan dengan nasi briyani antaranya ialah gulai kambing, ayam masak merah, ayam goreng dan lain-lain lagi. selain itu, terdapat juga acar buah dan nenas yang menyelerakan. 

Abah Briyani House terletak di Jalan Padi Emas 6/1 Bandar Baru Uda, Pondok MS Briyani terletak di Jalan Padi Emas 2 Bandar Baru Uda dan Roslin Briyani House terletak di Jalan Rebana, Taman Perbadanan Islam. 










Selain tempat makan  best yang saya senaraikan di atas, terdapat beberapa hidangan yang tidak kurang hebatnya iaitu ABC special kampung Melayu, Chicken Chop Hutan Bandar (murah & banyak), pelbagai hidangan seafood dari Anjung Senibong Seafood dan Banafee Village yang sinonim dengan kelazatan nasi ayam penyet dan nasi ambeng. 

Masih mencari homestay di kawasan JB/Nusajaya? 

Kami menyediakan Homestay yang BERSIH & LENGKAP. 






Wednesday, January 13, 2016

Anpesona homestay budget - pasir gudang (RM100.00)

Mencari penginapan untuk pekerja anda atau untuk anda.

Percutian atau bekerja. - Sewa hanya sementara, seminggu, sebulan atau tahun. 

Kami menyediakan rumah homestay fully furnished pada harga berpatutan.

Rumah ini terletak di

           no.25 jalan nenas 22
           taman kota masai
           pasir gudang Johor.

 Rumah teres 2 tingkat mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air berhampiran dengan:

 1.kompleks pusat bandar
 2.kolej komuniti
 3.MMHE
 4.kawasan perindustrian
 5. balai polis
6.hospital penawar,KPJ dan rengency
7. UITM seri alam

 kelengkapan yang di sediakan adalah:

 bilik 1 - econ x 1
- katil queen king koil x 1
- kipas siling

 bilik 2
- econ x 1
- kipas siling
- katil bujang x 1

 bilik 3
- kipas dinding x 1
- katil single x 1

 - TV 29"
- Sofa
- Mesin basuh semiauto
- Peti ais
- Meja makan
- DVD player
- tilam extra x 2
- toto extra x 2
- bantal extra
- peralatan memasak
- rice cooker 1.8 litter

Sewa Bulanan / Long Term dengan kontrak

Max 6 orang

kadar rate:
RM100.00 semalam

http://anpesona-budget-homestay-pasir-gudang.blogspot.my

hubungi: Azwan 011- 3207 6801 sms/wasap/call/email anpesonahomestay@gmail.com