Wednesday, February 7, 2018

Tips Elak ditipu semasa bercuti (Homestay)

Pernah tidak anda berada dalam situasi ini.

" mencari homestay di suatu destinasi, ternampak satu iklan homestay dengan harga murah dan tanpa berfikir panjang terus berhubung dengan pengusaha homestay untuk meneruskan tempahan homestay. Urusan deposit sudah dibuat dan apabila anda ingin check in ke homestay, homestay tersebut tidak wujud"

                                                   (Sumber Google)

Jika tidak berwaspada, percutian yang sepatut­nya menyeronokkan boleh bertukar menjadi mimpi buruk. kebiasaan penipuan homestay berlaku terutama bagi penyewa yang menggunakan tempahan secara talian. Jom baca tips penting untuk mengelakkan anda daripada terjebak dengan penipuan homestay. Semoga bermanfaat. 
Sebelum anda meneruskan urusan pembayaran deposit, pastikan anda melakukan tips ini. 

  • Dapatkan maklumat lanjut mengenai homestay. Anda boleh mencari maklumat mengenai homestay di Facebook, blogspot & Google Map. Sebagai contoh, jika anda berkenan dengan homestay A, sebaiknya cari maklumat tambahan mengenai homestay supaya maklumat selari/sama seperti yang dinyatakan, mana tahu "penipu homestay" mencuri gambar dari pemilik homestay yang sah. 

                                            (Sumber Google)

  • Menggunakan platform iklan yang lebih dipercayai. Dengan permintaan homestay yang semakin meningkat, pemilik homestay boleh mempromosikan homestay melalui pelbagai medium media sosial seperti mudah.my, Airbnb, HomeAway, iBilik, Facebook, Booking.com dan sebagainya. Tetapi tidak dinafikan kemudahan ini disalahguna oleh penipu homestay. Oleh itu, anda sebagai pengguna perlu bijak menggunakan platform iklan yang dipercayai seperti Airbnb dan sebagainya. 
                     
                                               (Sumber Google)
    
  • Pastikan terlebih dahulu lokasi homestay adalah benar & semak nombor rujukan daftar syarikat( homestay). Jangan lupa pastikan  homestay yang anda ingin duduk memang wujud di lokasi yang dinyatakan. Cari di Google Map atau waze sebelum mendepositkan sewa homestay.  Selain itu, anda boleh menyemak nombor rujukan perniagaan homestay kerana pemilik homestay perlu mendaftarkan perniagaan homestay secara sah. Jika pemilik homestay sudah mendaftarkan perniagaan secara sah, tidak mungkin unsur penipuan akan berlaku kerana segala maklumat yang sahih sudah disimpan oleh pihak berkuasa. 
                                           (Sumber Google)

  • Jangan tertipu dengan harga lebih murah dari pasaran. Siapa yang tidak suka benda murah bukan? Termasuk saya. Tetapi berhati-hati dengan harga murah lebih-lebih lagi jika harga tersebut terlampau murah atau murah dari harga pasaran. Sebagai contoh, Sewa homestay A 3bilik tidur 2 bilik air ( penghawa dingin, mesin basuh, kelengkapan masak ) hanya RM80 semalam sedangkan harga pasaran RM150-RM200. Jangan terus "booking" homestay tetapi cari maklumat tambahan mengenai homestay. 
                                               (Sumber Google)

  •  Call pemilik homestay. Jika anda masih was-was dengan maklumat homestay. Call pemilik homestay untuk bertanya lebih lanjut mengenai homestay. Saya percaya pemilik homestay berbesar hati menjawab sebarang persoalan/kemusykilan dari pelanggan mereka. 
                                                   (Sumber Google)

  • Simpan slip pembayaran deposit. Ada sesetengah pemilik homestay mewajibkan penyewa untuk membayar deposit sebelum check in. Jangan lupa simpan slip pembayaran anda. 



Kami menawarkan Homestay 3bilik tidur 2bilik air dengan kelengkapan asas yang lengkap (RM180/malam). 


  •  


Wednesday, October 4, 2017

Tips Memilih Homestay Yang Terbaik

Hari ini kami ingin berkongsi tips memilih homestay/tempat penginapan supaya ia menepati citarasa anda. Sekarang, sudah banyak pilihan homestay jika kita pergi melancong mahupun atas urusan kerja di dalam negara mahupun luar negara. Persoalannya, Bagaimana ingin memastikan homestay yang ditempah menepati citarasa kita? Apakah yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan untuk memilih homestay? 



1. HARGA
(Sumber Google)

Saya pasti semua orang suka dengan harga yang murah/berbaloi termasuk saya sendiri. Jangan lupa buat perbandingan harga. Adakah bilangan penyewa berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Contohnya, anda menyewa seramai 2 orang tetapi menyewa homestay 4 bilik & 3 bilik air dengan harga RM300 semalam. Pilihan yang terbaik ialah anda boleh menyewa homestay dengan 3 atau 2 bilik yang tentunya harganya lebih murah. Homestay memang menjadi pilihan utama bagi penyewa berskala besar ( rombongan pengantin, bercuti beramai-ramai & urusan kerja)  kerana anda dapat menjimatkan wang. Namun, sebaiknya bersikap jujur dengan pemilik homestay mengenai jumlah penyewa demi keselesaan anda. Sebagai contoh, jika jumlah penyewa adalah 25 orang, sebaiknya berbincang dengan pemilik homestay dikuatiri tilam/bantal tidak mencukupi ataupun ruang agak sempit untuk memuatkan 25 orang serumah. Saya pasti pemilik homestay berbesar hati untuk membantu  demi memberikan yang terbaik untuk pelanggan. 


2. LOKASI



(Sumber Google)

Lokasi homestay yang strategik seperti berdekatan dengan tempat projek (jika urusan kerja) atau berdekatan dengan tempat yang ingin anda lawati dapat menjimatkan masa & duit minyak anda. Anda boleh menggunakan applikasi Google Map atau Waze untuk mengetahui jarak /masa yang diambil dari homestay ke destinasi yang ingin dilawati. Selain itu, cari homestay yang berdekatan dengan kemudahan seperti ATM, kedai makan, kedai runcit dan stesen minyak. 


3. KEMUDAHAN


Sebelum membuat tempahan, selidik terlebih dahulu apakah kemudahan yang disediakan di homestay seperti alatan memasak, mesin basuh, jumlah bilik tidur, tuala, penghawa dingin, telekung, seterika dan lain-lain lagi. Hal ini dapat menjimatkan masa & wang anda. Contohnya, jika pihak homestay menyediakan kelengkapan memasak dan mesin basuh, anda tidak perlu lagi mengeluarkan duit untuk mendobi dan membeli makanan setiap kali waktu makan. Selain itu, jika anda mengetahui pihak homestay sudah menyediakan kemudahan seterika, sejadah atau tuala, anda tidak perlu membawanya dari rumah. Kemudahan yang lengkap di homestay dapat menyenangkan urusan penyewa. Sebaiknya, cari informasi mengenainya di laman sesawang berkaitan seperti Blog/Facebook homestay atau anda boleh sendiri bertanya dengan pemilik homestay. 


4. JENIS BANGUNAN


Adakah homestay ini merupakan rumah 2 tingkat atau setingkat? Adakah homestay merupakan sebuah apartment di tingkat 10? Hal ini amat berguna bagi penyewa yang OKU atau orang tua kerana ia memudahkan pergerakan penyewa  di homestay. Anda boleh bertanya sendiri kepada pemilik homestay adakah homestay ini mudah untuk penyewa OKU/orang tua. Pengalaman saya sendiri ketika bercuti di Sarawak bersama ibu yang berkerusi roda, saya sendiri berunding dengan pemilik homestay mengenai ibu yang berkerusi roda dan pemilik homestay memberi homestay yang paling dekat dengan parking dan kafe. 



Lihat Bank ATM/stesen minyak berdekatan Anpesona homestay


Lihat shopping mall/kedai runcit berdekatan Anpesona homestay


Kami, Anpesona Homestay (Legoland) mengalukan kedatangan anda ke homestay kami. 






Thursday, September 28, 2017

Makanan Wajib Cuba di Johor

Bila kita pergi ke negeri orang, tentulah kita ingin merasa makanan yang best di tempat tersebut kerana rasanya tentunya berbeza di tempat sendiri. Seperti saya, sampai sekarang masih terkenangkan Sungai Dua Char Kuey Teow ( Pulai Pinang) yang sedap dengan trademarknya " Telur Ayam Dibasuh". Rasanya yang lazat tidak saya jumpa di sini.

Johor juga merupakan syurga makanan. Sebelum ni saya ada berkongsi "Tempat Makan Best di JB" seperti Mee Rebus Hj Wahid dan Kacang Pool Haji. Tidak lengkap rasanya jika anda ke JB tetapi tidak mencuba makanan "signature" Johor  yang best di sini. 



BUBUR NASI



(Sumber Google)



Apa yang special dengan bubur nasi versi Johor ni? Setiap set mengandungi bubur nasi, sayur kangkung, telur masin, kacang , sambal dan ikan bilis goreng pedas. Untuk peminat bubur macam saya memang wajib cuba.

BUBUR NASI ISTIMEWA NO.1

Anda boleh mencubanya di Bubur Nasi Istimewa No.1 yang terletak di deretan gerai makan, Jalan Sutera Taman Sentosa dan gerai ini beroperasi pada jam 6 petang -2 pagi.



(Sumber Google)



Selain itu, anda boleh makan bubur nasi stail orang johor ini di Restoran ZZ Sup Tulang. Restoran ini beroperasi pada jam 7 AM sehingga 12 AM. Alang -alang ke sana, bolehlah menikmati Laksa Johor, Mee Hoon Sup Daging, Soto Ayam, Lontong Kering dan Nasi Ayam Penyet seawal 7 pagi.


(Sumber Google)


NASI AMBANG


(Sumber Google)



Nasi Ambang merupakan makanan tradisi orang Jawa. Nasi Ambang ini orang putih kata all in one kerana ada nasi, sambal goreng jawa, ayam masak sambal/kicap, ikan masin , serunding kelapa dan mee goreng. Antara restoran yang popular yang patut anda cuba adalah Mat Corner Nasi Ambang dan Nasi Ambang Mak Ana. 

MAT CORNER NASI AMBANG




(Sumber Google)

Gerai makan ini terletak di 22, Jalan Padi Mahsuri 13, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru. Masa operasi bermula pada jam 11.30 AM sehingga 3.00 PM. 

Like Facebook Mat Corner Nasi Ambang


NASI AMBANG MAK ANA




(Sumber Google)



Nasi Ambang Mak Ana ini terletak di 14, Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru. Kedai ini bersebelahan pam minyak Petronas dan mula beroperasi pada jam 11.30 AM sehingga habis jualan ( kebiasaan pada jam 1.30 PM). 

Nah! saya belanja gambar Nasi Ambang Mak Ana.


(Sumber Google)

  
SOTO


(Sumber Google)


(Sumber Google)

Apa yang istimewa dengan soto ini, anda boleh memilih sama ada ingin  soto nasi, mee soto atau mee hoon soto mengikut selera anda. Nak lagi sedap boleh makan bersama bergedil. Sedapnya!Antara gerai makan yang menjual soto yang patut anda cuba ialah:


SOTO WARISAN HJ PATONI




(Sumber Google)

(Sumber Google)


Gerai makan ini mempunyai 2 cawangan iaitu terletak di Pasar Taman Dahlia dan Larkin Sentral. Dibuka dari jam 6 AM sehingga 11 AM. Kuah sotonya yang pekat diganding bersama bergedil yang lembut pasti membuatkan anda kembali semula ke gerai makan ini. Tidak percaya? Nah, saya belanja gambar. 



(Sumber Google) 


SOTO PERDANA MADU 4

( Sumber Soto Perdana Skudai Kiri FB)


Gerai makan ini terletak di Jalan Skudai Kiri, Kampung Skudai Kiri, 81200 Johor Bahru dan beroperasi dari jam 7 AM sehingga 11 PM. 

(Sumber Google)



LONTONG BASAH/LONTONG KERING


Lontong basah terdiri daripada nasi impit, lodeh, sambal kacang/sambal merah, serunding dan telur rebus.  



(Sumber Google)

Lontong Kering pula terdiri daripada nasi impit, sambal goreng jawa, serunding, sambal, ayam masak sambal@ rendang dan kuah kacang. 

(Sumber Google)


WARONG SAGA

(Sumber Google)

(Sumber Warong Saga FB)

(Sumber Warong Saga FB)

Warong ini terletak di No.5, Jalan Mahmoodiah, 80100 Johor bahru dan dibuka dari jam seawal 7 AM sehingga tengah malam. Antara menu yang popular selain lontong ialah Laksa Johor, Rojak Tauhu dan Mee siam kuah. 

(Sumber Warong Saga FB)

(Sumber Warong Saga FB)




LAKSA JOHOR

(Sumber Google)

(Sumber Google)


Antara menu yang melambangkan Johor ialah Laksa Johor kerana keaslian rasanya hanya anda dapat cari di Johor. Antara perbezaan laksa johor berbanding laksa yang lain ialah Laksa Johor mengunakan spageti  dan santan. selain itu, ia dihidang bersama sambal belacan. 

Anda boleh mencubanya di Warong Saga dan Restoran Sup Tulang ZZ.

Jika anda ingin mencuba menu yang lain dan masih mencari maklumat mengenai tempat makan best di JB bolehlah click Tempat makan best


Masih mencari  HOMESTAY YANG SELESA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN?










Thursday, July 13, 2017

Tip bercuti bersama anak kecil

Bercuti bersama anak kecil boleh menjadi satu cabaran kepada ibu-bapa seperti anak meragam atau anak demam ketika bercuti. Semoga informasi ini dapat memberi manfaat. 


1.  Bawa Medical Kit seperti panadol, minyak angin, ubat batuk, ubat sakit perut, koyok dan losyen kulit (jika anak alahan).

2.  Jika bercuti didalam negara, sebaiknya mulakan perjalanan ke destinasi ketika anak sudah kenyang dan menghampiri masa tidurnya.

3. Rancang Perjalanan yang memberi kepuasan kepada anak dan ibubapa. selain singgah membeli- belah di JPO, jangan lupa singgah ke tempat-tempat yang membuatkan anak anda gembira seperti legoland & Puteri Harbour Theme parks ( Little Big Club & Sanrio Hello Kitty Town ). 


(sumber Google)

                                         (sumber Google)

 4. Bawa stroller & baby wearing. 

5.  Bawa snek. Snek juga dapat mengalih perhatian anak bila mula berasa bosan. 

6. Ambil masa untuk berehat sekejap kerana anak kecil mudah meragam jika kurang tidur dan lapar. 

7. Bawa bekalan susu & pampers yang cukup. 

8. Bagi anak kecil yang masih makan puree, elok dibekalkan dan dan disimpan di tempat beku. Pilih hotel & homestay yang menyediakan peti ais. 

HOMESTAY?

kami menyediakan perkhidmatan homestay 3 bilik dengan kadar yang berpatutan dan dilengkapi dengan kemudahan . Homestay kami terletak di Taman Nusantara, Nusajaya/Gelang Patah




Sunday, May 21, 2017

Tempat Shopping di JB

Jika anda ke JB, jangan lupa singgah untuk membeli-belah di sini. Hari ni kami akan menyenaraikan tempat shopping best di JB. semoga menjadi panduan untuk anda jika singgah di JB. 


1. Johor Premium outlet (JPO) 



( Sumber Google)



Pusat membeli-belah ini memenawarkan koleksi  lebih 80 kedai jenama pereka terkemuka di dalam persekitaran yang unik dan selesa. 

Antara koleksi jenama terkemuka  termasuklah Adidas, Armani, Brooks Brothers, Burberry, Canali, ck Calvin Klein, Coach, DKNY, Esprit, Fossil dan banyak lagi. 

2. Bazar JB @ Pasar Karat JB


(Sumber Google)

                                                                (Sumber Google)


Pasar karat Johor Bahru ini terletak di No 26 – 20, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru. Pasar ini dikenali sebagai Pasar Karat kerana di awal pembukaannya terdapat banyak barang antik dan terpakai yang dijual disini. Sekarang selain barangan terpakai yang dijual, terdapat juga barang baru, kraftangan, cenderahati dan makanan turut dijual di sini. 


Waktu operasi Pasar Karat JB adalah seperti berikut:

Isnin- Jumaat : 6 petang - 12 malam
Sabtu- Ahad : 7 petang- 2 pagi

3. Uda Business Centre 


( Sumber Google)

( Sumber Google) 

                                    

 Uda Business Centre  terletak di Bandar Baru Uda Johor Bahru dan berdekatan dengan Plaza Angsana. Kawasan ni menempatkan banyak butik-butik tudung, pakaian dan gedung tesktil yang terkenal seperti Sugar Scarf, Aidijuma, D'Haja, Fareeda, Zawara, The Gerobok, Cala Qisya, Telekung Siti Khatijah, Al-Ikhsan, Bella Amara, Jakel dan banyak lagi. 


Setelah penat membeli-belah dan mencari restoran/kedai makan berhampiran, terdapat banyak restoran yang dibuka di Uda Business Centre yang menawarkan pelbagai hidangan western, masakan melayu dan steamboat. 

Pusat Membeli-belah berdekatan Homestay 

Terdapat banyak pusat membeli-belah best di JB seperti City Square JB, Komtar JBCC Shopping Complex, Plaza Angsana, Skudai Parade, Danga City Mall, Sutera Mall dan banyak lagi. Kali ini kami ingin memfokuskan kepada pusat membeli-belah berhampiran dengan Anpesona Homestay (legoland).

Terdapat 4 pusat membeli-belah yang berdekatan homestay iaitu.




Selain itu, terdapat banyak kedai runcit berdekatan homestay yang menjual keperluan harian  seperti Pasaraya Everjoy, Kedai Runcit K Kriss dan banyak lagi.